Sabtu, 11 Jun 2011

Singapura ketiga di Asia paling mahal

SINGAPURA 9 Jun - Singapura memintas Hong Kong untuk berada di kedudukan ketiga sebagai kota termahal di Asia bagi keperluan asas golongan ekspatriat disebabkan pengukuhan mata wangnya.

Firma sumber manusia ECA International berkata, nilai mata wang Singapura yang telah meningkat lebih 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, mendorongnya mengatasi Hong Kong di tempat ketiga manakala Jepun dan Korea Selatan kekal sebagai dua negara termahal.

ECA International melakukan kaji selidik dua kali setiap tahun dengan mengukur kadar kekerapan barangan asas yang dibeli golongan ekspatriat di lebih 400 lokasi di seluruh dunia seperti produk tenusu, sayur-sayuran, pakaian dan makan di luar.

Kajian tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira perbelanjaan perumahan, utiliti, kereta dan persekolahan kerana ia boleh membuat perbezaan besar terhadap kos berhubung golongan ekspatriat tetapi lazimnya diberikan pampasan dalam pakej yang disediakan.

"Sementara kami melihat peningkatan harga di beberapa lokasi di Asia, Singapura meningkat dalam kedudukannya kini kerana ia mempunyai nilai mata wang yang kukuh," kata Lee Quane, pengarah serantau firma tersebut.

Tambahnya, faedah yang dibayar untuk melindungi kuasa membeli golongan pekerja dalam jangka panjang di Singapura kini lebih tinggi berbanding eksekutif antarabangsa yang bertugas di mana-mana pusat kewangan lain. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan