LOS ANGELES - Misi antarabangsa membawa satelit Aquarius dilancarkan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), kelmarin.
Tujuan utama pelancaran satelit itu ke angkasa lepas adalah untuk merekodkan data dan mengukur tahap kemasinan air laut dari angkasa lepas.
Ia akan mengelilingi bumi sekurang-kurangnya selama tiga tahun dan ditempatkan pada jarak 657 kilometer dari permukaan bumi.
Satelit Aquarius itu dijangka akan memberikan maklumat jelas berhubung perubahan alam sekeliling dan kesannya terhadap proses pasang surut laut dan iklim dunia.
Nasa menyatakan, oleh kerana tahap kemasinan air laut adalah berbeza di setiap kawasan, satelit berkenaan akan bertindak merekodkan kitaran pasang surut laut di seluruh dunia pada setiap masa.
Selama ia mengelilingi bumi, satelit itu akan memberikan peta perubahan paras kemasinan air laut dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan