Khamis, 9 Jun 2011

Saintis lancar misi selamatkan burung

MOSCOW - Sekumpulan saintis melancarkan misi tergempar untuk menyelamatkan salah seekor burung yang paling luar biasa di dunia daripada pupus.

Menurut Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) yang berpusat di Rusia, saintis membentuk satu skim pembiakan kurungan di negara itu untuk mencegah kepupusan burung kedidi.

Sebelum ini, saintis ke seluruh Rusia mencari dan mengumpul ratusan telur burung itu untuk dibawa ke sebuah makmal di Gloucestershire, barat daya England untuk proses pengeraman.

WWF mengatakan, burung-burung itu akan menjadi sumber untuk diperkenalkan semula selepas ancaman burung kedidi berjaya ditangani, sekali gus menyediakan jaring keselamatan sekiranya haiwan itu hampir pupus.

Jumlah burung kedidi semakin menurun sehingga satu perempat setiap tahun akibat anak burung itu yang menghadapi kesukaran untuk hidup dan dijangka pupus dalam tempoh satu dekad jika tiada sebarang tindakan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan