Jumaat, 17 Jun 2011

Pengangguran Gaza tertinggi dunia

BAITULMAQDIS - Kadar pengangguran di Genting Gaza mencecah 45.2 peratus pada 2010, antara tertinggi di dunia berdasarkan laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), semalam.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness berkata, jumlah itu menunjukkan krisis yang sedang berlaku di Gaza dan kesan berterusan akibat sekatan Israel di wilayah Palestin itu.

"Kadar pengangguran yang tinggi dan hasil pendapatan yang semakin menurun di Gaza adalah sesuatu yang membimbangkan," katanya.
Menurutnya, laporan terbaru itu menunjukkan sekatan Israel sengaja dilakukan bagi menghukum penduduk Gaza.

Rejim Zionis mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza pada 2006 selepas seorang tentera Israel, Gilad Shalit diculik kumpulan Hamas yang berpusat di wilayah itu.

Sekatan itu diketatkan lagi setahun kemudian apabila Hamas mula memerintah Gaza selepas memenangi pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan