GENEVA - Lebih 115 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia melakukan kerja berbahaya sekali gus mengancam nyawa mereka, menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sempena sambutan Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia, semalam.
Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melaporkan permintaan terhadap buruh di bawah umur 18 tahun pada masa ini adalah sangat tinggi.
Menurut penyelidik PBB, kanak-kanak menjadi pilihan sebagai buruh kerana mereka mudah didapati dan tidak berani membantah arahan majikan berbanding golongan dewasa.
ILO mendapati lebih separuh daripada jumlah buruh kasar kanak-kanak melakukan kerja sukar dan berbahaya dengan majoriti berada di Afrika, Asia dan Amerika Latin.
Laporan agensi itu mendedahkan kemiskinan keluarga memaksa golongan tersebut untuk turut sama membantu mencari sumber kewangan bagi menyara hidup mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan