Jumaat, 17 Jun 2011

Gerhana bulan penuh bermula jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi, Malam ini

KUALA LUMPUR : Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi tadi menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.

"Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

Bulan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan