Sabtu, 18 Jun 2011

Gerhana bulan paling lama dekad ini

Bulan mengalami keadaan separuh gerhana dirakam dari Pusat Pemerhatian Filipina di Manila semalam.
 
SYDNEY 16 Jun - Gerhana bulan yang berlaku paling lama dalam dekad ini malam tadi menyajikan pemandangan luar biasa bagi pengkaji bintang di seluruh dunia.

Ia merupakan kejadian pertama pada tahun ini dan berlaku apabila bumi berada antara matahari dan bulan.

Gerhana tersebut berlangsung selama 100 minit, paling lama sejak Julai 2000 dan dapat dilihat di beberapa kawasan di Eropah, Afrika, Asia serta Australia.

Di Sydney, kira-kira 130 orang menyaksikan keajaiban alam tersebut di Balai Cerap Sydney.

Sementara di Singapura, lebih 700 penduduk memenuhi kawasan luar bangunan pusat sains untuk menyaksikan fenomena itu.

Di Manila, Filipina, beratus-ratus ahli astronomi amatur dan profesional berkumpul sebelum subuh dengan berbekalkan selimut dan kopi.

Penduduk India turut tidak ketinggalan menyaksikan gerhana tersebut apabila Planetrium Nehru menganjurkan 'karnival bulan' untuk keluarga dan pelancong termasuk berpeluang menggunakan teleskop khas untuk menyaksikan kejadian itu.

Sementara itu, gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 1 Julai ini dan 25 November ini, manakala gerhana bulan penuh seterusnya akan berlaku pada 13 November 2012. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan