Rabu, 8 Jun 2011

Apa beza frekuensi FM dan AM?

KOMUNIKASI perkhidmatan radio biasanya dilaksanakan menerusi transmisi gelombang elektromagnet yang dihantar oleh alat pemancar.

Melalui cara itu, maklumat elektronik akan dapat disampaikan dengan mudah dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa menggunakan wayar.

Di seluruh dunia, kebanyakkan stesen radio memancarkan siarannya menggunkan isyarat FM kerana ia tidak mudah mengalami gangguan dan lebih statik.

Berbeza dengan isyarat AM, modulasi frekuensinya mempunyai amplitud yang mudah berubah dengan kuasa penyiaran maksimum hanya 50 MHz.

Gelombang FM dipancarkan menggunakan spektrum berfrekuensi VHF yang sangat tinggi iaitu antara 30 hingga 300 MHz.

Dengan kelebihan itu, pancaran gelombang radio akan dapat dipancarkan dengan lebih cepat tanpa sebarang masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan