GENEVA: Pendatang yang menyeberangi sempadan untuk mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik mungkin mencecah 405 juta atau hampir tujuh peratus daripada penduduk global terkini menjelang 2050, lapor Organisasi Antarabangsa untuk Penghijrahan (IOM), di sini semalam.
Bilangan pendatang mencapai satu bilion tahun ini jika mengambil kira pergerakan dalam negara yang turut meningkat kerana penduduk berhijrah ke bandar.
Bilangan pendatang mencapai satu bilion tahun ini jika mengambil kira pergerakan dalam negara yang turut meningkat kerana penduduk berhijrah ke bandar.
"Dalam tempoh beberapa dekad akan datang, penghijrahan antarabangsa kemungkinan bertukar dari segi skala, capaian dan kerumitan," menurut laporan IOM itu yang dikeluarkan setiap dua tahun.
"Jika jumlah pendatang terus meningkat pada tahap sama sejak 20 tahun lalu, penghijrahan antarabangsa di seluruh dunia menjelang 2050 mungkin mencapai 405 juta orang." Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan