Sabtu, 27 November 2010

Spesies buaya zaman kuno ditemui

BANGKOK: Penyelidik di Thailand berkata, mereka menemui spesies baru buaya kuno selepas menemui fosil di timur laut negara itu.

Saintis di Universiti Mahasarakham, Komsorn Lauprasert berkata, spesies itu yang dipercayai hidup 100 juta tahun lalu ketika Zaman Batu Kapur, mempunyai kaki lebih panjang berbanding buaya moden dan mungkin bergantung hidup dengan memakan ikan, berdasarkan ciri giginya.

Spesies itu dinamakan 'Khoratosuchus jintasakuli,' sempena Khorat atau Korat, wilayah tempat fosil itu ditemui dan nama Pengarah Pengarah Institut Kajian Timur Laut, Pratueng Jintasakul. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan