Ahad, 21 November 2010

3 lelaki hidap barah payudara

NUSAJAYA: Seramai tiga lelaki di Johor dikesan menghidap barah payudara dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu yang menjadikan bilangan keseluruhan lelaki menghidap penyakit itu seramai 28 orang sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata selain wanita, golongan lelaki juga berisiko menghidap barah payudara yang punca utamanya disebabkan faktor genetik.
 
Katanya, faktor persekitaran turut menyumbang penyakit berkenaan di kalangan lelaki yang mana tanda utamanya termasuk ketulan atau penebalan tisu di payudara, lekuk pada kulit, perubahan saiz dan rupa payudara atau puting.
 
Beliau berkata, di negeri ini ada beberapa hospital yang menyediakan kemudahan peralatan bagi mengesan penyakit berkenaan iaitu pemeriksaan mamogram.

"Antara hospital ini termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar dan Hospital Batu Pahat, di Batu Pahat.

"Hospital Kluang pula bakal menyediakan kemudahan berkenaan selepas berpindah ke hospital baru nanti
," katanya menjawab soalan lisan Tang Nai Soon (BN- Pekan Nenas) pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di sini, semalam. - Bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan