LONDON: Wanita tinggi memperoleh pendapatan purata £5,000 (RM24,706) lebih tinggi berbanding wanita yang lebih rendah.
Kaji selidik yang dilakukan kedai menjual barangan untuk wanita tinggi, Long Tall Sally mendapati kakitangan wanita dengan ketinggian lebih 1.72 meter memiliki peluang dua kali ganda untuk membawa pulang pendapatan £30,000 (RM148,267) atau lebih setahun. Secara purata mereka memperoleh gaji £5,000 lebih tinggi berbanding mereka yang memiliki ketinggian kurang 1.72 meter.
Peluang memperoleh jawatan di peringkat pengurusan meningkat 80 peratus bagi wanita yang memiliki ketinggian lebih 1.82 meter.
Wanita dengan tinggi lebih 1.72 meter didapati memperoleh pendapatan lebih £530 (RM2,619) setiap inci setahun.
Meskipun 98 peratus wanita tinggi mengaku dibuli tapi 20 peratus mendakwa ketinggian membuatkan mereka lebih yakin. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan