MELBOURNE: Wanita berambut perang sebelum ini sering dituduh sebagai kurang cerdik tetapi satu kajian terbaru menunjukkan mereka berpendapatan purata tujuh peratus lebih tinggi berbanding wanita dengan warna rambut lain.
Kajian Universiti Queensland yang membabitkan 13,000 wanita menunjukkan wanita berambut perang juga berkahwin dengan lelaki lebih kaya dan suami mereka berpendapatan lebih enam peratus berbanding suami wanita lain. Kajian juga menunjukkan jurang pendapatan mereka masih sama walaupun selepas faktor ketinggian dan pendidikan diketepikan.
Kajian itu, bagaimanapun, tidak menerangkan mengapa mereka berpendapatan lebih tinggi dan memiliki suami kaya.
Tetapi, Dr David Johnson yang mengetuai kajian berkata: “Wanita berambut perang biasanya lebih menarik berbanding wanita lain.” – Agensi

rambut hitam lagi best! eehe
BalasPadamye ke?hurm...mybe mereka kurang cerdik dalam akademik..tapi cerdik menggunakan peluang yang ada...
BalasPadam