TEMBAKAU kini ditanam untuk menghasilkan vaksin.
POKOK tembakau kini akan ditanam bagi menghasilkan vaksin norovirus bagi menentang virus penyebab sakit perut. Menurut pakar biologi tumbuhan dari Arizona State University, Charles Arntzen, penghasilan sejenis protein yang terdapat dalam tembakau terbukti dapat digunakan bagi membuat vaksin tersebut.
Dengan memanfaatkan vaksin itu, virus norovirus yang sering menyebabkan masalah cirit-birit serta muntah di dalam kapal laut, restoran, sekolah dan kem tentera, dapat dihapuskan.
EKSTRA KOSMO! :: Susu kuda kini sedang dikaji oleh pakar perubatan di Universiti Jena, Jerman bagi mengubati sakit perut seperti keradangan usus dan ulser.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan