Jumaat, 23 April 2010

Saintis Singapura Guna Ikan Zebra Kaji Penyakit Parkinson

SINGAPURA, 23 April - Saintis Singapura baru-baru ini membangunkan model ikan zebra (zebrafish) bagi penyakit Parkinson yang boleh digunakan untuk memahami mekanisme yang wujud melalui kajian itu.

Agency for Science, Technology and Research (A*STAR) hari ini berkata pengetahuan yang diperoleh akan dapat membantu penghasilan ubat baru untuk merawat penyakit Parkinson (PD) di masa depan.

Kajian itu dijalankan oleh saintis di Genome Institute of Singapore (GIS), sebuah institut penyelidikan bioperubatan A*STAR.

Menurut kenyataan agensi itu, kajian itu dikatakan yang pertama seumpamanya menggunakan model ikan zebra bagi LRRK2 (Leucine-rich repeat kinase 2) berkaitan PD, dan ia dapat mengatasi batasan tertentu model haiwan lain yang digunakan bagi LRRK2.

Ia juga menunjukkan bahawa ikan zebra, ikan air tawar tropika yang boleh diternak dalam akuarium, boleh digunakan untuk mengkaji punca penyakit manusia, menurut A*STAR.

Penyakit Parkinson adalah suatu penyakit degeneratif pada sistem saraf otak yang sering menjejaskan kemahiran, pertuturan dan pergerakan anggota badan yang lain. - B
ernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan