Rabu, 7 April 2010

Rawatan IBD cetuskan kanser kulit, amalan minum air bercoklat

PESAKIT yang didiagnos mengalami keradangan pada perut atau IBD yang menerima rawatan menggunakan ubatan ketahanan imun berdepan dengan risiko mendapat kanser kulit bukan melanoma.

Analisis data ke atas 26,403 pesakit penyakit Crohn dan 26,974 penghidap ulser kolitis oleh Universiti North Carolina di Chapel Hill mendapati terdapat kehadiran kanser kulit tersebut yang tinggi di kalangan pesakit IBD.

Menurut ketua penyelidiknya, Dr. Millie Long, keadaan itu menunjukkan perubahan sistem imun dalam tubuh pesakit ada kaitannya dengan jenis rawatan yang diberi.

EKSTRA KOSMO! :: Penyelidik Sepanyol mendapati mereka yang minum air coklat bersusu atau gemarkan coklat mempunyai kadar keradangan berkaitan dengan jantung yang rendah berbanding golongan hanya minum susu. Menurut ahli akademik sains pemakanan dan nutrisi di Universiti Washington State, Profesor Shelley McGuire, amalan minum air bercoklat mampu merendahkan risiko keradangan yang dikenali sebagai adhesion molecules kerana koko mempunyai agen antikeradangan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan