Pada pagi hari Sabtu, 10 April 2010, Presiden Poland Lech Kaczyński, isterinya Maria, dan 95 orang ternama yang lain dari kerajaan Poland itu dalam penerbangan ke Rusia untuk memperingati tragedi 70 tahun pembunuhan beramai-ramai Katyn.
Pesawat Poland Air Force Tupolev Tu-154M jatuh di dalam kabut tebal
Poland hari ini selama tempoh seminggu secara rasmi berkabung bagi mehormati korban. Presiden Lech Kaczyński akan dikuburkan bersama isterinya pada Sabtu ini (17 April 2010) menurut televisyen negara Poland.
Pesawat bawa Presiden Poland alami masalah mekanikal
WARSAW : Poland mengalami tragedi terburuk dalam sejarahnya selepas juruterbang tidak mengendahkan amaran supaya tidak mendarat dalam keadaan kabus tebal menyebabkan presiden dan berpuluh-puluh orang ternama lain terkorban dalam nahas kapal terbang di Russia.
Presiden Lech Kaczynski, 60, isterinya Maria, seorang pakar ekonomi dan 95 yang lain maut dalam perjalanan memperingati tragedi pembunuhan beramai-ramai 22,000 tahanan Poland yang dibunuh polis rahsia diktator Josef Stalin pada 1940 di Katyn.
Juruterbang berusia 20 tahun itu sepatutnya beralih haluan seperti dinasihatkan selepas gagal mendarat sekurang-kurangnya sekali apabila terlanggar pokok dan terjunam ke kawasan hutan.
Pengawal trafik udara memerhatikan radar dalam suasana tegang ketika pesawat Tupolev buatan era Soviet cuba mendarat dalam keadaan berkabus di landasan tentera lapangan terbang Smolensk di barat Russia.
Pengawal udara sudah mengeluarkan beberapa amaran supaya tidak cuba mendarat kerana tahap penglihatan hampir kosong. Mereka mahu pesawat kembali ke Moscow atau Minsk, ibu kota Belarus.
Namun, pesawat yang membawa delegasi presiden Poland bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai pegawai tentera Poland oleh Soviet di hutan Katyn, tidak mempedulikan amaran itu.
Stesen televisyen Russia Today dan stesen lain melaporkan, sebelum cubaan pertama untuk mendarat, juruterbang didapati membuang bahan api, menunjukkan pesawat menghadapi masalah mekanikal. – Agensi

-769695.jpeg)
-770478.jpeg)
-771332.jpeg)
-772573.jpeg)
-773601.jpeg)
-774539.jpeg)
-775328.jpeg)
-776128.jpeg)
-776878.jpeg)
-778708.jpeg)
-779821.jpeg)
-781132.jpeg)
-782348.jpeg)
-784155.jpeg)
-785187.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan