Isnin, 19 April 2010

Plundered My Soul lagu baru Rolling Stones

LONDON 17 April - Kumpulan rock Rolling Stones bakal menerbitkan lagu yang tidak pernah didengar sebelum ini, Plundered My Soul, satu edisi khas terhad lagu 'single' sempena Hari Kedai Muzik yang bertujuan menyokong kedai-kedai muzik bermasalah.

Menurut Universal Music Group, versi digital iTunes lagu tersebut boleh dimuat turun semalam di internet.

Lagu Plundered My Soul ditemui semasa kerja-kerja menerbitkan semula album 'Exile on Main Street', yang dianggap sebagai album paling penting kumpulan tersebut.

Ia merupakan satu daripada lagu bonus dalam edisi khas tersebut.

Lagu-lagu lain yang belum pernah didengar dalam penerbitan album Exile itu adalah Dancing in the Light, Following the River dan Pass the Wine.

Turut menyokong Hari Kedai Muzik adalah kumpulan muzik Britain, Blur, dengan 'single' pertamanya selama tujuh tahun yang turut diterbitkan sebagai lagu edisi khas.

Penerbitan itu merupakan sebahagian daripada siri lagu 'single' yang dikeluarkan di bawah label kumpulan-kumpulan muzik tersebut sempena Hari Kedai Muzik termasuk penerbitan oleh EMI yang melibatkan The Beatles dan Lily Allen yang setiap satunya hanya menawarkan 1,000 unit cakera padat (CD) edisi khas. - REUTERS

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan