LONDON 5 April - Pelancong dan pendaki terus berpusu-pusu ke kawasan letusan gunung berapi di selatan Iceland, meskipun berlaku rekahan kedua dan lahar melimpah menuruni dua lurah.
Pemandangan lahar mengalir akibat letusan gunung berapi menjadi daya tarikan yang menarik pendaki ke kawasan itu, kata jurucakap Jabatan Perlindungan Awam, Vidir Reymissom.
"Sehingga kini belum ada sebarang bahaya kepada pengunjung dan kami menerima beribu-ribu pelancong ke kawasan tersebut, semata-mata untuk melihat gunung berapi itu dari dekat. Setakat ia masih selamat," katanya.
Menurutnya, rekahan kedua berlaku malam Rabu lalu, memuntahkan lebih banyak lahar, yang mengalir ke timur laut dan barat laut.
Beliau berkata, panas yang melampau boleh menyebabkan glasier cair dan mengakibatkan banjir besar, dan ancaman banjir kini semakin berkurangan kecuali keadaan bertambah buruk.
Gunung berapi Eyjafjallajokull meletus dua minggu lalu setelah tidak aktif selama hampir 200 tahun.
Hampir 500 orang penduduk di kawasan sekitar telah dipindahkan tetapi mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Iceland terletak di dalam lingkaran banjaran gunung berapi Atlantik.
Kerap berlaku letusan gunung berapi di Iceland berikutan aktiviti seismik setiap kali plat bumi bergerak dan ketika magma dari bawah tanah yang menggelegak meletus ke permukaan. – AP
Red10 :: Lihat Gambar-gambar menarik di Artikel Kami sebelum ini di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan