KATHMANDU - China dan Nepal akhirnya menemui penyelesaian ke atas pertikaian sejak sekian lama mengenai ketinggian sebenar Gunung Everest.
Gunung tertinggi di dunia itu terletak di sempadan kedua-dua negara.
Nepal meletakkan ketinggian gunung itu 8,848 meter iaitu empat meter lebih tinggi daripada ukuran yang digunakan China.
Pegawai kedua-dua negara mencapai kompromi pada rundingan di Kathmandu minggu ini dengan bersetuju ke atas kedua-dua ukuran yang digunakan.
"China menerima dakwaan Nepal bahawa ketinggian kemuncak Everest bersalji adalah 8,848 meter manakala Nepal mengiktiraf dakwaan China bahawa ketinggian gunung itu berdasarkan kemuncak berbatu adalah 8,844 meter," kata seorang pegawai.
Beribu-ribu orang mendaki Everest sejak gunung itu berjaya ditawan buat pertama kali oleh Sherpa Tenzing Norgay dan Edmund Hillary pada 1953.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan