KANAK-KANAK perempuan yang berlebihan berat badan di Amerika Syarikat sudah mula membentuk payu dara yang merupakan tanda awal baligh pada umur sembilan tahun, kata pakar penyelidik di Hospital Universiti Kanak-Kanak Michigan’s Mott.
Menurut Dr. Joyce Lee, Pakar Pediatrik Endrokrinologis, kaitan berat badan berlebihan dengan baligh sangat rapat. Di kalangan peserta kajiannya seramai 354,168 orang didapati telah mencapai akil baligh pada usia sembilan tahun.
Kanak-kanak perempuan yang mempunyai berat badan berlebihan dengan indeks tubuh (BMI) sebanyak 25-29.9 dikelaskan sebagai berlebihan berat badan manakala 30 ke atas dianggap obesiti.
Penemuan ‘matang awal’ ini penting untuk dikenal pasti kerana ia berkait rapat dengan masalah psikologi, pelakuan sosial, pengambilan awal alkohol, kegiatan awal seks, kehamilan remaja, barah pangkal rahim dan obesiti ketika dewasa.
Red10 :: Penyelidik dari Universiti Manchester, England dan Universiti Lubeck di Jerman berjaya mewujudkan semula warna rambut yang hilang akibat penyakit dan tekanan. Sejenis molekul khas didapati mampu merangsang pigmen melamin pada rambut tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan