Sabtu, 3 April 2010

Jabatan Kimia kaji sampel rokok

KUALA LUMPUR - Ekoran dakwaan penemuan sel darah babi dalam penapis (filter) rokok, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera menghantar sampel rokok di negara ini ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan itu bagi menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney, Australia mengenai penemuan itu.

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
berita@kosmo.com.my

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan