Jumaat, 23 April 2010

Endometriosis tingkatkan risiko kelahiran bayi pramatang

RISIKO bayi pramatang bermula sejak seawal kehamilan.

Wanita hamil yang mempunyai masalah endometriosis bukan saja berisiko melahirkan bayi pramatang malah bakal mengalami pelbagai masalah berkaitan kehamilan.

Jelas penulis bersama dari Jabatan Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak Institut Karolinkska di Stockholm, Sweden, Dr. Henrik Falconer, kesakitan akibat endometriosis adalah disebabkan pertumbuhan lapisan tisu pada uterus di bahagian luar abdomen seperti ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan wanita sukar hamil. Malah, perhatian serta penjagaan khusus diperlukan sekiranya penghidap penyakit ini hamil kerana risiko bersalin secara tidak normal adalah tinggi.

Red10 :: Satu pertiga wanita yang didiagnosis mempunyai kanser payu dara sebenarnya menjalani rawatan yang tidak diperlukan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan