Sabtu, 17 April 2010

Coca Colla saingan baru Coca Cola

KAKITANGAN Pertubuhan Sosial bagi Industri Daun Koka (OSPICOCA) menunjukkan botol minuman Coca Colla yang diperbuat daripada daun koka keluaran terbaru Bolivia.

 

SYDNEY: Bolivia dilaporkan mengeluarkan sejenis minuman berkarbonat disifatkan sebagai 'produk sebenar' tetapi ia mungkin tidak dipersetujui gergasi minuman ringan Coca Cola di Amerika Syarikat.

Minuman berkenaan, Coca Colla, dibuat dari daun koka dan dinamakan sempena penduduk Colla dari kawasan tanah tinggi Bolivia mula dijual minggu ini di seluruh negara terbabit.

 

Ia hitam, manis dan dijual dalam botol berlabel merah tetapi hampir sama dengan Coca Cola. Satu daripada simbol korporat dan global Amerika manakala yang lain menyifatkan ia sebagai lambang imperialisme Barat.

 

Stok pertama 12,000 botol yang dijual dengan harga AS$1.50 (RM5) bagi setengah liter diedarkan di ibu negara, La Paz, bandar Santa Cruz serta Cochabamba.

Nama yang hampir sama sebutan dan pembungkusan dengan pengeluar minuman ringan Amerika di Atlanta, Georgia tetapi Coca Colla juga menyebabkan Washington merungut.

Ia dibuat dari daun kola, bahan perangsang mengelak keletihan dan kelaparan tetapi juga digunakan penduduk Andes sejak beribu-ribu tahun dalam masakan, perubatan dan upacara agama.

Koka juga adalah bahan mentah untuk kokain, dadah yang menjadi sasaran utama Amerika dalam perang terhadap dadah.


Bolivia cuba menghapuskan penanaman daun terbabit atas gesaan Washington. Tetapi, ia dihentikan selepas Evo Morales, seorang etnik Aymara Indian dan penanam koka dipilih sebagai presiden yang menyokong koka sebagai satu tanaman untuk kegunaan sah. – A
gensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan