Selasa, 30 Mac 2010

Satu pertiga mainan kanak-kanak mengandungi bahan kimia toksik

SATU pertiga atau 32 peratus daripada barang mainan popular kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) didapati mengandungi bahan kimia bertoksik. Antaranya adalah plumbum, cadmium, arsenik dan merkuri.

Penemuan itu telah disiarkan dalam laman web HealthyStuff.org. Para pengkaji telah menguji hampir 700 barang permainan kanak-kanak sebelum musim berbelanja sakan bermula.

Bilangan produk yang mengandungi had paras plumbum dibenarkan oleh kerajaan menurun kepada 67 peratus sejak dua tahun lalu.

Walaupun diketahui bahana bahan kimia tersebut kepada sistem saraf manusia, namun masih terdapat 18 peratus barang mainan kanak-kanak ditemui dengan kandungan bahan kimia itu.

Antara produk mainan kanak-kanak yang dikenal pasti mengandungi plumbum adalah kit aksesori basikal Barbie, beg membeli-belah Dora the Explorer dan Ponco kanak-kanak yang dijual oleh gedung Wal-Mart. – HealthyStuff.org

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan