GOLONGAN remaja banyak terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.
MAJORITI remaja di Amerika Syarikat tidak menyedari bahawa mereka juga amat memerlukan pelalian vaksin seperti yang diberikan kepada kanak-kanak.
Menurut kajian Yayasan Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NFID), sebanyak 84 peratus remaja AS tidak mengetahui mereka perlu mengambil vaksin tetanus setiap 10 tahun bagi mengelakkan serangan penyakit kancing gigi.
Pemangku Presiden NFID, Dr. William Schaffner menjelaskan, semakin ramai penduduk dunia menghidap penyakit yang sebenarnya boleh dicegah dengan suntikan vaksin secara berkala.
Tambah beliau, cuma 10 peratus wanita berusia di antara 19 hingga 26 tahun mengambil vaksin pencegahan terhadap virus papiloma manusia yang turut mampu menghalang jangkitan kanser serviks sebanyak 70 peratus.
Red10 :: Vaksin Typherix keluaran GlaxoSmithKline berupaya memberi perlindungan terhadap kanak-kanak seawal usia dua tahun daripada dihinggapi penyakit demam tipoid.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan