Selasa, 30 Mac 2010

Curiga pada e-mel, SMS

LONDON: Satu perlima pengguna Internet atau telefon bimbit mengaku memeriksa e-mel atau mesej pesanan ringkas (SMS) pasangan masing-masing, kata penyelidik yang menjalankan kajian terbaru, semalam.

Kaji selidik itu juga menunjukkan, daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya seorang memeriksa sejarah lawatan laman web pasangan mereka di komputer.


Berjudul ‘Etika Internet Di Kalangan Pasangan Berkahwin’, kajian itu menganalisis data hampir 1,000 pasangan dan dijalankan penyelidik Sekolah Ekonomi London, Universiti Oxford dan Universiti Nottingham Trent.


Ketua penyelidik, Ellen Helsper, berkata kadar kecurigaan tinggi di kalangan pasangan pengguna Internet dan telefon bimbit itu memang mengejutkan.


Satu daripada keputusan mengejutkan adalah, pengawasan dibuat lebih ramai di kalangan isteri berbanding suami. Ia bercanggah dengan hasil kajian menunjukkan wanita kurang berkemahiran dalam teknologi. Nampaknya wanita berjaya mengatasi halangan apabila isu hubungan dengan suami terancam,” katanya, semalam.


Apabila responden ditanya sama ada mereka membaca e-mel pasangan masing-masing, lapan peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengaku ada.


Sepuluh peratus lagi mengaku saling membaca e-mel masing-masing.


Mengenai SMS, Ellen berkata, tujuh peratus lelaki dan 13 peratus wanita mengaku membaca pesanan dikendalikan pasangan masing-masing.


Satu peratus responden mengaku pernah menyamar sebagai orang lain untuk mengirim e-mel kepada pasangan sendiri. “Pengguna Internet kini tidak teragak-agak mengambil tindakan apabila menganggap pasangan mereka mungkin melakukan aktiviti tidak disenangi,” katanya. - A
gensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan