GAMBAR - Profesor Hiroshi Liu mempamerkan robot burung madu di bandar raya Chiba, Tokyo, semalam. - AFP
CHIBA, Jepun 28 Dis. - Penyelidik Jepun berjaya menghasilkan 'robot burung madu' yang dapat menggerakkan sayap dengan cepat dan terbang bebas di udara.
Robot dilengkapi motor mikro serta mengandungi empat sayap itu boleh mengerakkan sayapnya sebanyak 30 kali sesaat, kata penyelidik di Universiti Chiba di timur Tokyo, Profesor Hiroshi Liu.
Dikawal oleh deria inframerah, robot berkenaan boleh terbang turun dan naik serta bergerak ke kiri dan ke kanan.
Robot seberat 2.6 gram itu boleh terbang dalam bentuk angka lapan jauh lebih stabil daripada helikopter berkipas, kata Liu, 46, yang bertanggungjawab membangunkan robot berkenaan.
Pembinaan robot yang melibatkan belanja sebanyak 200 juta yen (RM7.14 juta) itu mungkin boleh digunakan bagi membantu menyelamatkan manusia yang terperangkap dalam runtuhan bangunan, mengesan penjenayah atau beroperasi sebagai kenderaan pemeriksa ke planet, katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan