Rabu, 7 Oktober 2009

Monyet kulit hijau dihasilkan

PARIS - Sekumpulan saintis Jepun mengumumkan kejayaan menghasilkan spesies beruk transgenik pertama di dunia semalam apabila beberapa ekor monyet berkenaan memiliki kulit berwarna hijau hasil proses pemindahan gen.

Dalam satu kajian yang disiarkan jurnal Britain, Nature, sepasukan penyelidik diketuai saintis Universiti Keio, Erika Sasaki melaporkan kejayaan mereka memindahkan gen obor-obor yang bersinar ke dalam haiwan tersebut.

Mereka berkata, kejayaan tersebut membuka banyak kemungkinan baru dalam dunia perubatan.

Prospek utama kajian itu bertujuan memindahkan penyakit manusia seperti Alzheimer pada monyet bagi mengkaji bagaimana penyakit tersebut merebak dan cara-cara mengubatinya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan