RUTIN tekan tubi kali ini dipelbagaikan dengan penggunaan bola senaman. Manfaatnya tidak jauh berbeza dengan tekan tubi asas. Namun, dengan bantuan bola senaman sebagai sokongan, tumpuan akan banyak diberi kepada bahagian atas badan.Bagaimanapun, rutin ini yang dikategorikan pada tahap lanjutan lebih sesuai dilakukan mereka yang sudah biasa dengan senaman tekan tubi.
Ini kerana penggunaan bola senaman meningkatkan kepayahan dan kekuatan (intensity) senaman ini. Kesan senaman ini pada tubuh badan juga lebih ketara berbanding rutin tekan tubi biasa.
"Antara kelebihan senaman tekan tubi menggunakan bola ini ialah ia dapat menambah kekuatan, ketahanan dan keseimbangan otot.
"Apabila melakukan senaman ini, individu perlu mengimbang badan yang hanya disokong bola. Kedudukan badan mestilah seimbang bagi mengelak anda terjatuh. Penggunaan bola juga meningkatkan jarak pergerakan range of movement," kata jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis.
Bagi anda yang baru mencuba senaman ini, lakukan sebanyak 10 kali dalam tiga set. Apabila sudah mencapai tahap pertengahan, lakukan sebanyak 12 kali dalam empat set. Manakala untuk tahap lanjutan, lakukan sebanyak 13 kali dalam empat hingga lima set.
Info
Pemilihan saiz bola senaman mengikut ketinggian
- Bawah ketinggian 152 sentimeter (sm), pilih bola berdiameter 45 sm
- Ketinggian antara 152 sm hingga 170 sm, pilih bola berdiameter 50 sm
- Ketinggian antara 173 hingga 188 sm, pilih bola berdiameter 65 sm.
sumber dari bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan