Sabtu, 23 Mei 2009

Mencantikkan Ketak Otot Perut

Ramai kaum Adam beri perhatian pada perut kerana semakin meningkat usia semakin gendut

RAMAI yang mungkin setuju bahawa perut merupakan antara otot yang paling utama bagi tubuh seorang Adam.

Apakan tidak, ramai kaum Adam yang memberi perhatian kepada perut terutamanya apabila usia semakin lanjut.

Maklumlah, semakin usia meningkat, biasanya perut pun semakin gendut. Justeru, ramai yang mula mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengawal perut buncit.

Tapi ramai juga yang keliru tentang program latihan dan pemakanan sihat dalam usaha melangsingkan perut mereka.

Wartawan ajukan beberapa kenyataan mengenai otot perut yang sering kita dengar kepada Konsultan Kesihatan NTUC Physiocare, Encik Wan Shamsury Wan Hassan, untuk mengesahkan kebenarannya.

  • Saya perlu berlatih berjam-jam lamanya untuk mendapatkan otot perut yang berketak. 'Sebenarnya, latihan senaman yang berjam-jam lamanya tidak mendatangkan manfaat tambahan kepada perut anda itu. Malah, ia boleh menyebabkan perut anda menjadi lemah gara-gara terlebih latihan. 'Secara umumnya, latihan selama 20 minit bagi setiap sesi merupakan tempoh yang paling sesuai sekali.'
  • Makanan 'pembakar lemak' boleh membantu menghilangkan lemak keliling perut. 'Meskipun produk ini berkesan, produk pembakar lemak tidak memberi tumpuan kepada satu-satu bahagian tubuh itu. 'Lemak dibakar di seluruh tubuh. Sebenarnya, pembakar lemak terbaik merupakan makanan yang anda makan. 'Bagi kebanyakan orang, strategi pemakanan sihat mampu menghasilkan otot berketak.'
  • Saya perlu mematuhi diet yang ketat untuk mendapatkan bentuk otot perut yang sempurna. Sebenarnyaa, anda masih boleh menikmati makanan anda. Sebaik-baiknya, anda hanya perlu tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.'
  • Saya boleh memakan makanan yang berlemak kerana semasa berlatih angkat berat, saya boleh membakarnya. 'Kenyataan ini benar, tetapi hanya untuk sesetengah kes sahaja. 'Malangnya, kebanyakan orang tidak cukup bersenam untuk membakar kalori yang telah dimakan.
  • Tenaga tambahan yang tidak dibakar akan bertukar menjadi lemak. 'Anda mungkin boleh mengatasinya dengan merasa makanan dalam jumlah sedikit dan melakukan senaman di bahagian otot perut. 'Anda boleh memakan makanan berlemak, tetapi makan dengan jumlah yang sedikit.'
  • Sekiranya saya melakukan senaman sit-up beratus kali, saya boleh mendapat otot perut yang berketak. 'Anda boleh melakukan senaman sit-up sehingga 200 atau 300 kali. Tetapi senaman sahaja tidak bermakna anda mendapat otot perut yang berketak. 'Meskipun ototnya lebih jelas kelihatan. Biasanya elemen pemakanan sihat masih perlu untuk mengurangkan terus lemak di seluruh tubuh. 'Ini dapat mencantikkan lagi ketak otot perut.'


sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan