
SEHINGGA kini, saintis masih gagal mencari punca sebenar kematian mendadak dinosaur zaman purba.
BEIJING - Saintis China percaya mereka berjaya menemui sekumpulan besar fosil dinosaur di timur negara itu yang dianggap sebagai koleksi haiwan purba terbesar di dunia.
Penyelidik dari Akademi Sains China mendakwa, sejumlah 7,600 tulang dinosaur zaman Cretaceous, iaitu bermulanya era kepupusan haiwan primitif itu, sudah dijumpai sejak Mac tahun lalu di wilayah Shandong.
Penemuan bakal menjelaskan punca binatang purba pupus secara mengejut kerana tapak itu juga dikenali sebagai 'kota dinosaur' ekoran begitu banyak fosil dijumpai bermula dekad 1960-an lagi.
"Kami jumpa lebih 3,000 rangka pelbagai jenis dinosaur berbeza dalam satu kawasan sahaja seumpama liang kubur besar haiwan ini yang mati mendadak," kata Prof. Zhao Xijin. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan