Rabu, 18 Februari 2009

Spider-Man panjat bangunan HK

ROBERT dalam bulatan memanjat bangunan Pusat Cheung Kung tanpa sebarang peralatan keselamatan di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Pemanjat bangunan yang diberi jolokan Spider-Man, Alain Robert memanjat bangunan setinggi 62 tingkat di sini tanpa sebarang peralatan memanjat buat kali kedua semalam.

Alain Robert

Dia yang berasal dari Perancis mengambil masa hanya 40 minit untuk tiba di atas bangunan Pusat Cheung Kong milik lelaki terkaya Hong Kong, Li Ka-shing.

Dia pernah memanjat bangunan setinggi 283 meter itu pada 2005.


Menurut jurucakap Robert, Pete Spurrier, beberapa pegawai polis menyoal siasat Spider-Man itu selepas dia tiba di bumbung bangunan tetapi kemudian membebaskannya tanpa dikenakan sebarang dakwaan. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan