LONDON: Seorang remaja memperuntukkan masa sejam 40 minit seminggu untuk melayari laman web lucah, menurut penyelidikan baru, yang bersamaan dengan 87 jam setahun, manakala sejam 35 minit lagi diperuntukkan melayari laman web mengenai diet dan kehilangan berat badan.Kajian ke atas 1,000 remaja mendapati secara purata seorang daripada mereka melayari laman web 31 jam setiap minggu melayari laman web lucah, pembedahan plastik, diet, perancangan keluarga dan sokongan emosi.
Tambahan sejam dan lapan minit lagi diperuntukkan untuk meneroka laman web pembedahan kosmetik, untuk mengetahui mengenai pembedahan payu dara, punggung dan suntikan kolagen.
Penyelidikan dikendalikan oleh 'CyberSentinel.co.uk', program komputer yang membolehkan ibu bapa menghalang laman web dan memantau penggunaan internet.
Pengarah Urusan CyberSentinel, Ellie Puddle, berkata: "Perkara membimbangkan mengenai penyelidikan ini ialah ia menunjukkan remaja jelas meneroka semua jenis topik disebabkan tekanan zaman moden.
"Sebagai contoh, tekanan untuk meniru standard kecantikan selebriti menyebabkan remaja menghabiskan banyak masa menyelidik mengenai pembedahan plastik."
Penyelidikan juga mendapati mereka mencari maklumat mengenai pencegahan dan kehamilan dan seks serta kehilangan berat badan.
"Atas alasan tertentu, mereka mendapati lebih mudah menggunakan online untuk membuat penyelidikan berbanding mendapatkan nasihat daripada ibu atau ayah. Tidak salah menggunakan internet untuk menyelidik topik yang sukar dibincangkan, tetapi ibu bapa perlu bersetuju dan menetapkan sempadan daripada melayari laman web tidak bersesuaian," katanya Puddle.
Tinjauan mendedahkan remaja memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga jam dan 10 minit seminggu mencari topik untuk kerja rumah, dan sejam 40 minit lagi memuat turun atau mendengar muzik.
Tambahan selama dua jam dua minit diperuntukkan menonton klip di laman web YouTube, manakala sejam 22 minit lagi digunakan melayari laman web kesihatan untuk mencari maklumat mengenai penyakit. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan