NEW DELHI: Kumpulan pelampau Hindu yang disifatkan ramai sebagai Taliban India, mendesak pengharaman Hari Kekasih dan mengancam melancarkan keganasan terhadap mereka yang tidak mematuhinya."Hari Kekasih bukan budaya India," kata pengasas dan pemimpin kumpulan Sri Ram Sena (Tentera Tuhan Ram), Pramod Malik kepada akhbar Times of India.
Hari Kekasih diraikan pada 14 Februari di seluruh dunia. Pada hari itu di Barat pasangan kekasih meluahkan rasa cinta dengan menghantar kad atau bunga.
Katanya, budaya itu menggalakkan tindakan anti-India dan seks bebas.
Beliau jugabercadang menulis surat kepada Ketua Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Gabenor Karnataka untuk mengharamkan Hari Kekasih.
"Kami akan memaklumkan kepada jabatan polis, selain mengingatkan hotel dan tempat lain tidak meraikannya dan menyedarkan remaja menerusi risalah," katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan