Rabu, 11 Februari 2009

Masyarakat yang semakin rosak

Punca kerosakan sesuatu masyarakat adalah bermula dari ketidak wujudnya pemerintahan Islam. Apabila binasanya pemerintahan Islam, maka seluruh masyarakat akan ditimpa berbagai-bagai kehancuran demi kehancuran sehinggakan sampai satu tahap, masyarakat akan menganggap solat yang merupakan tiang agama adalah satu perkara yang remeh.

Perkara ini telah dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili dengan katanya,
Bersabda Nabi SAW
;

"akan terungkai ikatan islam satu persatu, ketika terungkainya satu ikatan, nescaya manusia akan mengikuti yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula terungkai adalah pemerintahan dan akhirnya yang terungkai adalah solat"


Jika diperhatikan keadaan masyarakat Islam di Negara ini, dapat dilihat bagaimana solat yang menjadi perkara penting dalam agama telah dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam. Mereka bukan sekadar tidak menunaikan solat, tetapi mereka sudah berani menzahirkan kepada masyarakat bahawa mereka tidak menunaikan solat.

Dikala solat jumaat di tunaikan, tanpa segan dan silu, mereka tidak menunaikan solat dengan menghadirkan diri di pusat berbeli belah, berdating dan sebagainya, walaupun ketika itu, kewajipan jumaat pada dirinya tidak dapat di elakkan lagi. Melihat keadaan masyarakat yang semakin parah ini, difahami bahawa, semuanya berpunca dari luputnya pemerintahan Islam, yang ianya adalah berdasarkan keterangan wahyu Ilahi melalui hadis Nabi SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan