AKTIVIS Greenpeace mengecat badan sebuah tongkang (kiri) dan kapal kargo yang membawa balak berdekatan Pelabuhan Dumai di kepulauan Riau, semalam. Aktiviti pembalakan di Indonesia yang dianggap sebagai keterlaluan dan penyumbang besar kepada kemusnahan alam sekitar di rantau ini terus mendapat bantahan daripada aktivis pencinta alam terutamanya Greenpeace.
Semalam, para aktivis berkenaan bertindak nekad dengan mengecap tulisan Forest Crime atau Pemusnah Hutan pada badan beberapa tongkang dan kapal yang membawa balak di Pelabuhan Dumai di wilayah Riau.
Mereka mendakwa aktiviti pembalakan telah memusnahkan alam sekitar di Semenanjung Kampar dan mendesak kerajaan Indonesia mengambil langkah tegas untuk menanam semula tumbuh-tumbuhan yang ditebang. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan