DUBAI, 10 Feb - Bandaraya Jeddah, Arab Saudi, sedang membina sebuah 'Ferris wheel', menyerupai roda 'London Eye' yang tersohor di United Kingdom, dijadualkan siap pada 2012.Binaan itu sebahagian daripada skim pembangunan melibatkan kawasan pesisir bandaraya itu sepanjang 12km, kata pegawai perbandaran Jeddah Ashraf Al-Turki kepada harian Arab News.
Dikenali sebagai 'Jeddah Eye', ia akan menjadi mercu tanda bandaraya itu, katanya, dan menambah pembangunan pesisir pantai itu melibatkan 17 projek semuanya.
Jeddah Eye akan dikelilingi oleh sebuah hotel, sebuah muzium, pusat beli belah dan pelbagai restoran dan kafe.
Al-Turki berkata bahagian tengah akan mempunyai sebuah taman, kawasan pantai dan ruang terbuka untuk sambutan perayaan dan sebuah pancuran air. The City Centre Development Company dan Great Wheel Corporation menandatangi perjanjian pada November untuk mendirikan binaan itu yang dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung setahun, lapor harian Saudi itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan