Jumaat, 13 Februari 2009

Bising jadi faktor serangan jantung

STOCKHOLM: Bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik yang tidak berkesudahan di luar rumah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung, menurut penyelidik Sweden.

Mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap dikatakan hampir menyamai suasana umpama hujan sederhana, berisiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus dalam tinjauan yang dibuat saintis di Institut Karolinska yang disiarkan dalam jurnal Epidemiology.

Bunyi bising jalan raya biasanya ditetapkan pada tahap 80 hingga 90 desibel. Pada masa sama, kadar risiko lebih tinggi dihadapi oleh mereka yang tidur dalam bilik yang bising.


Hasil kajian itu menyamai kajian lain yang menunjukkan kesan bising kepada jantung, termasuk penyelidikan mengenai tekanan darah tinggi, kata ketua saintis, Profesor Goeran Pershagen.

"Majlis bandar raya sudah mengambil kira hasil kajian apabila merancang pembinaan jalan baru.

"Penyelidikan lanjut perlu dilakukan untuk menetapkan kaitan antara bunyi lalu lintas dan serangan jantung tetapi hasil kajian kami disokong oleh penyelidikan lain, " kata Pershagen.

Pakar mengkaji 1,571 orang yang diserang sakit jantung di Stockholm antara 1992 dan 1994, membandingkan mereka dengan 2,095 orang yang dipilih secara rawak dalam kajian terkini.

Penyelidik berkata, faktor lain yang turut diambil kira termasuk pencemaran udara dan digunakan dalam soalan kepada responden.

Risiko lebih tinggi semakin jelas kepada responden yang hilang daya pendengaran atau terdedah kepada sumber bising yang lain. Kaitan antara kebisingan dan serangan jantung, bebas dari risiko lain yang diketahui meningkatkan risiko angin ahmar. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan