Rabu, 18 Februari 2009

Barangan pelik Michael dilelong

JAKET Michael Jackson.

LOS ANGELES - Pelbagai barangan yang berada dalam rumah milik Raja Pop, Michael Jackson masih lagi menjadi misteri.

Namun, menurut sebuah akhbar semalam, lelongan lebih 2,000 barangan milik Michael yang dijadualkan pada 22 dan 25 April depan memberi gambaran awal berhubung sikap peliknya.

Ketika spekulasi tercetus bahawa dia kini hampir bankrap, penyanyi itu menjual sebahagian barangan yang disimpan di rumahnya di Neverland Ranch, California.

TOPENG muka robot.

Antara barangan itu ialah topeng muka robot yang digunakan dalam muzik video Moonwalker yang dijangka dilelong antara £1,500 (RM7,784) dan £2,400 (RM12,448).

Potret minyak yang menunjukkan Michael memakai baju seperti seorang raja dianggarkan bernilai antara £2,800 (RM14,531) dan £4,200 (RM21,797).

Jaket Michael yang digunakan untuk majlis mempamerkan namanya di Hollywood Walk of Fame dianggarkan bernilai antara £10,000 (RM51,857) hingga £15,000 (RM77,818).

HIASAN dalaman kereta Michael.

Kereta Rolls-Royce milik penyanyi itu yang mempunyai hiasan emas dianggarkan bernilai antara £98,000 (RM508,364) dan £112,000 (RM580,951).

Turut dilelong ialah mahkota yang pernah dipakai oleh Michael yang mampu dijual antara £600 (RM3,113) dan £900 (RM4,671). - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan