SATU contoh wang kertas 10 bilion Zimbabwe kini digunakan di Harare.Warga Zimbabwe diizin guna pelbagai mata wang
HARARE: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan tujuh juta penduduk Zimbabwe memerlukan bantuan makanan disusuli dengan kenyataan pemangku Menteri Kewangan, Patrick Chinamasa bahawa warga negaranya akan dibenarkan berurus niaga menggunakan pelbagai mata wang bagi menghadapi inflasi melonjak.
Program Makanan Dunia (WFP) menyatakan, ia merombak angka penduduk yang memerlukan bantuan makanan daripada 5.1 juta kerana krisis ekonomi Zimbabwe semakin meruncing disebabkan masalah kekurangan wang kertas.
Selain itu, kerajaan Zimbabwe juga tidak mengimport makanan seperti yang dijangka bagi menangani kekurangan keperluan asasi.
PBB menggunakan bancian 2002 yang menetapkan bilangan penduduk Zimbabwe adalah 12 juta. Tetapi, sekurang-kurangnya suku daripada penduduknya menjadi pelarian berpunca daripada masalah ekonomi dan penindasan politik sejak itu.
Zimbabwe hampir lumpuh selepas krisis politik berlarutan sejak pilihan raya berlangsung tahun lalu. Ahli politik sejak beberapa bulan lalu bersetuju membentuk kerajaan campuran tetapi gagal menyetujui pembahagian kerusi Kabinet.
Kenyataan Chinamasa menunjukkan kejatuhan nilai mata wang Zimbabwe melambangkan krisis ekonomi negara ini semakin teruk tanpa penyelesaian politik Presiden Robert Mugabe dengan pembangkang.
"Dalam keadaan ekonomi dibebani inflasi yang melonjak, penduduk kini menggunakan pelbagai mata wang selain dolar Zimbabwe.
"Antaranya, rand (Afrika Selatan), dolar Amerika Syarikat, pula Botswana, pound sterling, euro dan lain-lain lagi," katanya Chinamasa dalam ucapan bajet.
WFP menyatakan, lebih separuh penduduk Zimbabwe mungkin memerlukan bantuan makanan pada bulan Februari dan Mac.
Krisis ekonomi Zimbabwe semakin diburukkan dengan wabak taun yang membunuh hampir 3,000 orang dan menjangkiti 58,993 penduduk di seluruh negara itu.
Angka kematian berkenaan adalah yang tertinggi di benua Afrika membabitkan wabak yang biasanya boleh diatasi dalam tempoh 15 tahun lalu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan