SEJENIS ulat siber yang 'membiak' menerusi rangkaian perhubungan Internet kawalan rendah, kad memori dan komputer peribadi kini sedang berleluasa di Internet.Ulat atau worm adalah sebuah program komputer yang merbahaya kerana ia mampu membiak dan mencetuskan 'kesesakan' dalam sistem komputer. Kesannya, kadar memproses sesebuah komputer yang dijangkiti ulat seperti ini akan terjejas.
Ulat yang sedang berleluasa kini dikenali sebagai Conficker, Downadup atau Kido dan pertama kali dikesan Oktober tahun lalu (2008).
Ia menjangkiti sesebuah sistem komputer dan antara lain mula memuat turun fail-fail tertentu.
Menurut seorang jurucakap firma antivirus F-Secure, kegiatan ulat ini sukar dibendung kerana ia sering mengubah namanya sendiri dan setakat ini telah menjangkiti komputer lebih tiga juta pengguna.
Bagaimanapun cara utama untuk menghalang pembiakan dan penyebarannya ditemui pengguna. Mereka perlu memuat turun versi tambahan (patch) sofwe Microsoft terkini.
source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan