
KANAK-KANAK yang diberikan susu badan selama sekurang-kurangnya empat bulan didapati akan mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang diberikan susu itu untuk tempoh yang lebih singkat atau diberikan susu botol.
Para pengkaji mendapati dalam satu kajian baru yang dijalankan ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun, mereka yang telah diberi susu badan atau susu ibu selama sekurang-kurangnya empat bulan atau lebih semasa bayi mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik.
'Senaman fizikal yang dilakukan semasa bayi menghisap puting ibunya - purata sekitar enam kali sehari selama lebih empat bulan - boleh menguatkan keupayaan paru-paru dan meningkatkan pengaliran udaranya berbanding dengan bayi yang diberi susu botol,' ujar Dr Ikechukwu U. Ogbuanu, lapor agensi berita Reuters.
Beliau dan rakan-rakannya dari Universiti South Carolina di Columbia, Amerika Syarikat, telah menjalankan kajian itu ke atas 1,033 kanak-kanak semasa usia mereka 10 tahun. - cyberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan