Sabtu, 17 Januari 2009

Sayur cegah risiko barah

WASHINGTON : Penghidap barah payu dara yang makan sayur-sayuran dan buah-buahan berlebihan boleh membantu mengurangkan risiko ketumbuhan hampir satu pertiga.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati sayur dan buah bertindak terhadap estrogen dan membantu wanita selepas mengikuti terapi barah.

Keadaan ini bagaimanapun bergantung pada kesabaran individu terbabit, kata laporan dalam Journal of Clinical Oncology.

"Wanita ketika peringkat awal barah yang merasai kepanasan mempunyai peluang lebih baik dan kadar ulangan yang rendah," kata Ellen Gold dari University of California Davis yang membantu kajian itu.

Beberapa kajian menunjukkan wanita yang merasai kepanasan selepas rawatan barah payu dara mempunyai paras estrogen rendah berbanding wanita yang tidak merasainya.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran melebihi lima hidangan sehari mengurangkan kadar estrogen yang terjejas dalam pesakit barah. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan