
LONDON: Saintis menemui satu gen yang mengaitkan penghidap diabetes jenis 2 dan gangguan tidur, menurut kajian ke atas lebih 36,000 orang.
Penemuan itu yang disokong dua lagi penerbitan semalam, mencadangkan kaitan di antara diabetes dan cara tubuh menerima maklum balas terhadap kitaran malam dan siang selama 24 jam.
Penyelidikan genetik baru mengarah kepada gen yang terbabit dalam mengesan melatonin - sejenis hormon yang juga sebahagian daripada kitaran dalaman tubuh - dan risiko meningkatnya diabetes.
Gen lain sebelum ini dikaitkan dengan paras tinggi glukos dalam darah, namun penerima melatonin adalah gen pertama dikaitkan dengan kedua-dua paras gula tinggi dalam darah dan meningkatnya risiko diabetes.
"Kami mempunyai bukti kukuh, tidak dapat dipertikaikan bahawa gen yang mempunyai kod genetik penerima melatonin 1B dikaitkan dengan paras tinggi glukos dan menambah risiko penghidap diabetes jenis 2," kata Profesor Mark McCarthy, dari Pusat Diabetes, Endokrinologi dan Metabolisme Oxford di Universiti Oxford.
Menurut perkhidmatan kesihatan nasional, diabetes jenis 2 - biasanya dikaitkan dengan obesiti - menjejaskan kira-kira 2.3 juta orang di Britain dan sekurang-kurangnya 500,000 lagi yang tidak menyedari keadaan mereka.
Penemuan itu yang diterbitkan dalam Nature Genetics, hasil daripada kajian meluas genom. Penyelidik menganalisis genom 36,610 orang berketurunan Eropah untuk melihat perubahan dikaitkan dengan risiko meningkat diabetes.
Mereka menemui mutasi dalam gen MTNR1B menyebabkan peningkatan sembilan peratus dalam risiko diabetes jenis 2 setiap salinan gen mutasi yang wujud. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan