iProperty.com Malaysia telah melepasi laman web hartanah kedua terkenal dengan margin yang besar melebihi 300 peratus pengunjung dan 1,750 peratus halaman yang dibaca, demikian menurut satu kenyataannya di sini hari ini.
iProperty.com Malaysia merupakan sebahagian daripada iProperty.com Group, peneraju rangkaian portal hartanah Asia.
Pengerusi Eksekutifnya, Patrick Grove berkata, iProperty.com Malaysia kekal sebagai peneraju laman web hartanah kepada pengguna kerana penyampaian yang lebih segar, terbesar dan bersepadu.
''Ia merupakan pencapaian terbaik, terutama dalam suasana persaingan di mana portal kami beroperasi,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Sementara itu, perancang pengiklanan Google merupakan kemudahan perancangan penyelidikan dan media yang menyediakan pengiklan dengan cara mengukur pelanggan media mereka serta pulangan pelaburan. - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan