Sabtu, 10 Januari 2009

Pembedahan jerung putih curi tumpuan


JERUNG putih diusung pegawai muzium sebelum dibedah siasat di Auckland baru-baru ini.


AUCKLAND - Mangsa-mangsa serangan jerung berhimpit-himpit di Muzium Auckland, New Zealand bagi menyaksikan bedah siasat terbuka pertama terhadap seekor jerung putih, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembedahan ke atas jerung putih berukuran lebih tiga meter panjang itu menarik 4,000 pengunjung termasuk kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang melihat dari dekat bagaimana haiwan pemangsa itu dibedah dan dilapah.

Sekumpulan saintis mengambil masa dua jam untuk membedah dan melapah ikan seberat 300 kilogram itu di sebuah dewan teater di muzium tersebut.

Pembedahan yang pertama seumpamanya itu turut disaksikan oleh 10,000 penonton melalui siaran langsung di Internet kelmarin.

Kumpulan saintis itu turut mengeluarkan organ dalaman seperti perut ikan tersebut dan mengukurnya.

Haiwan yang digeruni ramai penyelam itu ditemui terbelit pada pukat seorang nelayan tempatan, Duan Russell Isnin (5 Jan. 2009) lepas. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan