Jumaat, 2 Januari 2009

Padah terlalu sibuk


LONDON: Berjuta-juta ibu bapa moden memberi alasan terlalu sibuk hinggakan tidak lagi dapat membantu anak-anak menyelesaikan tugasan sekolah.

Berikutan itu, satu kajian terbaru menunjukkan seorang bagi setiap dua kanak-kanak di Britain enggan menyiapkan kerja rumah sejak 12 bulan lalu.

Majoriti pelajar berusia 11 hingga 16 tahun pula mengakui kerja sekolah itu memberi tekanan, manakala 52 peratus berkata mereka tidak mendapat sebarang bantuan atau sokongan ibu bapa bagi menyelesaikan tugasan berkenaan.

Jika ada pun ibu bapa yang membantu, majoriti atau 71 peratus mengakui ibu yang lebih banyak membantu berbanding bapa. Ramai yang menyalahkan gaya hidup ibu bapa mereka yang terlalu sibuk.

Malah, seorang bagi setiap 10 pelajar mendakwa ibu bapa mereka tidak pernah berada di rumah untuk membantu.

Seorang bagi setiap 10 pelajar pula mendakwa, ibu bapa masing-masing lebih pentingkan kegiatan sosial atau berehat selepas kerja daripada membantu anak-anak menyelesaikan kerja sekolah.


Jurucakap kumpulan penyelidikan remaja www.YoungPoll.com menyifatkan perkembangan itu sebagai mendukacitakan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan persekolahan anak serta persepsi terhadap ibu bapa masing-masing. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan