Sabtu, 3 Januari 2009

Jenayah siber meningkat

JAKARTA: Bilangan kes jenayah siber di Indonesia meningkat 28.77 peratus kepada 94 kes pada 2008 berbanding 73 kes tahun sebelumnya, kata polis, kelmarin.

"Kes jenayah siber pada 2008 meningkat kepada 28.77 peratus jika dibandingkan pada 2007 dengan 73 kes," kata Ketua Polis Nasional, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, di sini.

Beliau berkata, jenayah siber itu termasuk berjudi menggunakan internet menerusi laman web www.sbobet.com di Jawa Timur dan www.IBCBET.com di Jakarta. Seramai 20 suspek ditahan dalam kes perjudian itu.

Mengulas kaitan antara jenayah terhadap aset negara, ketua polis itu juga memberitahu, pasukan keselamatan menerima laporan 4,193 kes dan 2,688 kes berjaya diselesaikan.

"Tahun lalu (2007), ada 5,314 kes di mana 4,085 berjaya diselesaikan. Seterusnya jumlah kes itu pada 2008 menurun kepada 1,121 kes," kata Danuri. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan