
LONDON: Ikon kelasi yang sukakan bayam, Popeye menjadi milik awam apabila hak ciptaan karektor kartun berkenaan tamat, kelmarin.
Elzie Segar, artis yang mencipta watak Popeye, kekasihnya Olive Oyl dan musuh mereka Bluto, meninggal dunia ketika berusia 43 tahun pada 1938 dan satu undang-undang Kesatuan Eropah melindungi hak pemilik selama 70 tahun selepas kematian beliau dilaporkan berakhir.
Tamatnya hak milik berkenaan bermakna mulai hari ini sesiapa saja boleh mencetak dan menjual poster Popeye, baju-T malah boleh mencipta siri komik baru tanpa membayar royalti, lapor The Times.
Segar melukis Popeye dengan paip dan tatu sauh yang mengalami penga-niayaan Bluto.
Memakan bayam menjadikan Popeye sebagai wira mempunyai otot kuat yang kebal peluru. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan